IQNA

Permintaan pertubuhan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa untuk solidariti dengan perjuangan Palestin

8:22 - April 17, 2023
Berita ID: 3102461
TEHRAN (IQNA) -Sejumlah pertubuhan Islam di Malaysia meminta masyarakat antarabangsa bertindak balas terhadap perkembangan semasa di Palestin yang diduduki dan menyatakan solidariti mereka dengan rakyat Palestin.

Laporan IQNA, memetik laman web Bernama; Pergerakan belia Islam Malaysia meminta masyarakat antarabangsa membuka mata dan menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin yang ditindas oleh penjajahan Zionis di Masjid Al-Aqsa.

Ketua gerakan ini, Mohammad Faisal bin Abdulaziz (محمد فیصل بن عبدالعزیز) dalam satu kenyataan meminta pemimpin dunia khususnya pemimpin negara-negara Islam supaya menunjukkan perpaduan mereka dengan melakukan tekanan politik, agar tindakan kekerasan zionis dapat dihentikan sepenuhnya.

Sehubungan itu, Ketua Kesatuan Pembangunan Kecerdasan Manusia Malaysia, Ahmad Azam Abdul Rahman (احمد عزام عبدالرحمن) menyeru negara Islam dan masyarakat dunia yang mahukan keadilan untuk bangkit mempertahankan hak asasi manusia, maruah dan kesatriaan rakyat Palestin, supaya mereka dapat beribadah dengan aman, begitu juga untuk menjaga kehormatan kesucian Al-Qudsu syarif.

Beliau menambah: Semua negara Arab dan Islam harus menghentikan sebarang hubungan diplomatik dengan rejim penjajah Israel, yang mencemarkan Masjid Al-Aqsa dan bulan suci Ramadan.

Abdul Rahman menegaskan dalam satu kenyataan: Kita mesti menyokong penuh usaha yang dilakukan untuk memboikot rejim Zionis dan produknya sebagai satu cara untuk menamatkan keganasan rejim ini dan menghapuskan diskriminasi kaum di Palestin.

4134382

captcha