IQNA

Surah Al-Fatihah; Surah pujian dan permohonan kepada Allah

17:17 - January 15, 2024
Berita ID: 3103761
IQNA - Surah Al-Fatihah «سوره الفاتحة» atau dikenal juga dengan nama surah "Hamd" «سوره حمد» adalah satu-satunya surah yang penuh dengan doa dan permohonan kepada Tuhan; Di bahagian pertama surah ini, pernyataan pujian kepada Tuhan, dan di bahagian kedua, menyatakan permohonan keperluan hamba.

Surah ini diturunkan di Mekah dan mempunyai tujuh ayat. Ciri-ciri Surah Hamd dalam kenyataan ringkas boleh dinyatakan seperti berikut:

1. Surah ini secara asasnya berbeza dengan surah Al-Quran yang lain dari segi nada «لحن» dan kandungan, kerana dalam surah ini Allah telah mengajar hambanya cara berdoa dan bercakap dengannya. 

Surah ini dimulakan dengan puja dan pujian kepada Tuhan dan diteruskan dengan ungkapan iman kepada Mabda «المبدأ» (Pencipta awal alam semesta iaitu Allah SWT) dan Hari kebangkitan dan dibahagian akhiri dengan permohon dan doa sebagai tuntutan dan keperluan hamba kepada Tuhannya.

2. Surah Al-Fatihah adalah asas Al-Quran. Disebutkan dalam sebuah hadis daripada Rasulullah SAW; bahawa baginda bersabda kepada Jabir bin Abdullah Ansari «جابر بن عبد اللّه انصارى», salah seorang sahabatnya, yang bermaksud: “Aku akan mengajar kamu surah terbaik yang diturunkan Allah dalam kitabNya, kemudian Baginda (SAW) mengajarnya Surah Hamd iaitu "Ummul Kitab" «امّ الكتاب». Kemudian beliau (SAW) menambah: "Surah ini adalah penawar bagi setiap kesakitan kecuali kematian." "Umm" «امّ» bermaksud pangkal dan akar. Mungkin atas sebab ini, "Ibn Abbas" «ابن عباس», ahli tafsir yang terkenal, berkata: "Setiap sesuatu ada asas dan alasnya; asas dan alas Al-Quran ialah Surah Hamd «سوره حمد»."

3. Dalam ayat-ayat Al-Quran, Surah Hamd diperkenalkan sebagai anugerah besar kepada Rasulullah (SAW) dan diletakkan di hadapan seluruh Al-Quran, di mana Allah SWT berfirman: 

وَلَقَدْ ءَاتَيْنَـٰكَ سَبْعًۭا مِّنَ ٱلْمَثَانِى وَٱلْقُرْءَانَ ٱلْعَظِيمَ ٨٧
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya". (Qs, Al-Hijr 15:87).

Kandungan dan keutamaan surah Al-Fatihah
Dari satu sudut, surah ini terbahagi kepada dua bahagian, satu bahagian membicarakan tentang puja dan pujian untuk Allah (segi pengenalan terhadap ketuhanan Allah SWT - Pencipta/Khaliq) dan satu bahagian lagi membicarakan tentang keperluan hamba (Segi penganalan terhadap kedudukan manusia - hamba - makhluk). 

Dalam sebuah hadis dari Rasulullah (SAW),  yang bermaksud: Allah SWT berfirman: “Aku membahagikan Surah Hamd antara diri-Ku dan hamba-Ku; Separuh daripadanya untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku. Hamba-Ku berhak bertanya kepada-Ku apa saja yang dia kehendaki".

Mengenai keutamaan surah ini, telah dipetik dari hadis Rasulullah (SAW) yang bersabda dengan maksud: "Sesiapa sahaja Muslim yang membaca Surah Hamd akan mendapat pahala seperti orang yang membaca dua pertiga daripada Al-Quran (dan menurut riwayat yang lain; Pahalanya sama dengan membaca seluruh Al-Quran) dan surah ini menjadi bingkisan hadiah yang dihantar   kepada setiap individu lelaki dan perempuan yang beriman".

tanda nama: Surah-surah Al-Quran
captcha