IQNA

Surah-surah Al-Quran (35)

Surah Fathir; Perniagaan tanpa kerugian

4:05 - October 16, 2022
Berita ID: 3101669
TEHRAN (IQNA) - Semasa hidupnya, manusia memerlukan aktiviti dan pendapatan yang menguntungkan dan untuk mencapai kehidupan yang penuh dengan kedamaian dan keselesaan. Al-Quran telah menyeru seseorang kepada perniagaan yang tidak mendatangkan bahaya dan membawa seseorang kepada kedamaian abadi.

Laporan IQNA; Surah ke-35 dalam Al-Quran disebut; «فاطر» "Fathir". Surah dengan 45 ayat ini diletakkan dalam juzuk ke 22. Surah Fathir adalah surah Makiyah yang merupakan wahyu yang keempat puluh tiga yang diturunkan kepada Nabi (SAW).

Surah ini dinamakan «فاطر» - "Fathir" kerana perkataan ini terdapat pada ayat pertama surah ini. «فاطر» bermaksud pencipta langit dan bumi. Juga «فاطر» telah dianggap sebagai Pencipta tanpa sebarang contoh atau pemula lain yang mendahuluinya. Ada juga yang menterjemah «فاطر» sebagai Pencipta yang inovatif atau Pengujud dan membuat.

Surah Fathir memperingatkan manusia terhadap penipuan penampilan duniawi, hasutan dan godaan syaitan dan memanggil manusia sebagai makhluk yang miskin dan Tuhan adalah Maha kaya dan sama sekali tidak berkeperluan dari ciptaanNya. Supaya manusia mengenal Allah dan bersyukur kepada-Nya, surah ini menerangkan beberapa nikmat Allah, seperti nikmat hujan, nikmat nikah, dan diletakkan dua laut masin dan manis bersebelahan bagi manusia untuk menggunakannya.

Dengan menyebut isu kebangkitan - hari kiamat dan beberapa ciri-ciri kebangkitan, surah ini merujuk kepada penyesalan orang-orang kafir dan keinginan mereka untuk kembali ke dunia ini untuk menebus masa lalu. Juga, dalam surah ini mejelaskan orang-orang musyrik dan tuhan-tuhan palsu dan lemah mereka, dan bertilawah Al-Quran, solat, dan bersedekah rahsia dan terbuka telah diperkenalkan sebagai perniagaan yang tidak berbahaya bahkan menguntungkan.

Kandungan ayat-ayat Surah Fathir boleh diringkaskan dalam empat bahagian:

- Bahagian penting dalam surah ini membicarakan tentang tanda-tanda kebesaran Allah di alam kewujudan dan tanda-tanda tauhid.

- Bahagian lain membincangkan tentang ketuhanan Allah dan rancangan-Nya terhadap dunia ciptaanNya secara umum dan manusia secara khusus; penciptaan manusia dari tanah dan peringkat-peringkat evolusinya.

- Bahagian lain adalah tentang kebangkitan dan hasil tindakan manusia ketika hidup di dunia dengan kesan untuk kehidupan di akhiratnya, dan rahmat Allah yang luas di dunia ini, dan tradisi-Nya yang tidak boleh dilanggar atau ditentang oleh orang yang sombong;

Beberapa ayatnya merujuk kepada isu kepimpinan para nabi dan perjuangan berterusan mereka dengan musuh-musuh yang degil dan penghiburan untuk Nabi Islam (SAW) dalam hal ini.

- Bahagian Akhir sekali, sebahagian daripadanya adalah penyataan nasihat dan arahan ilahi dalam pelbagai bidang, yang melengkapi perbincangan sebelumnya.

Berita Berkaitan
captcha