IQNA

Surah-surah Al-Quran (47)

Surah Muhammad; Bagaimana menangani tawanan perang

7:34 - December 14, 2022
Berita ID: 3101942
TEHRAN (IQNA) - Surah keempat puluh tujuh dalam Al-Quran disebut Muhammad «محمد», dan salah satu konsep yang dibangkitkan di dalamnya adalah bagaimana menangani tawanan perang.

Laporan IQNA; Surah Muhammad, merupakan salah satu surah Madani Al-Quran, dan wahyu kesembilan puluh lima yang diturunkan kepada Nabi Islam (SAW). Surah dengan 38 ayat ini diletakkan dalam juzuk ke 26. Nama Muhammad (SAW) disebut dalam ayat kedua adalah menjadi sebab untuk menamakan surah ini dengan surah Muhammad.

Fokus utama Surah Muhammad ialah menghitung sifat-sifat dan amal soleh orang-orang mukmin dan sifat-sifat buruk dan perbuatan keji orang-orang kafir dan membandingkan kesudahan pekerjaan dan hasil perbuatan kedua-dua golongan pada hari kiamat, isu Jihad dan peperangan dengan musuh Islam.

Sebab kebanyakan ayat surah ini menangani isu peperangan adalah kerana turunnya serentak dengan perang Uhud (perang kedua antara umat Islam dan kaum musyrik yang berakhir dengan kekalahan umat Islam).

Penggunaan berulang-ulang dua perkataan «اضلال» Idhlal "kesesatan" dan «احباط» ihbath "kemusnahan" dalam erti kata rosak, tidak bermanfaat atau batal, merujuk kepada perihal dan kesudahan perbuatan orang-orang kafir.

Kandungan surah ini boleh diringkaskan seperti berikut:
Iman dan kufur, membandingkan taraf orang mukmin dan kafir di dunia dan akhirat, Jihad dengan musuh dan petunjuk mengenai status tawanan perang, sejarah orang-orang munafik yang terlibat dalam kegiatan yang merosakkan di Madinah pada masa ayat-ayat ini diwahyukan, nasihat untuk "menjalani kembara di bumi" dan meneliti nasib bangsa-bangsa terdahulu untuk dijadikan iktibar, ujian Tuhan yang berkaitan dengan isu peperangan dan pengorbanan - infaq.

Antara topik yang juga disebut dalam surah ini ialah pembicaraan «حبط» habat atau «احباط» ihbat - rosak atau kekecewaan. Dalam erti kata tindakan yang menyalahi undang-undang merosakkan rekod kebaikan seseorang.

Penyebutan empat ketetapan fiqh dan ketenteraan yang penting tentang tawanan perang, kehancuran dan tidak bernilainya tindakan orang-orang kafir yang menghalangi manusia ke jalan Allah, menghiburkan Rasulullah (SAW) kerana larangan memasuki Mekah dan janji Allah SWT untuk Nabi dan kaum muslimin akan kembali ke Mekah dengan penuh kemuliaan, dan menggalakkan sedekah dan menjauhi ketamakan, adalah termasuk topik lain dalam surah ini.

Surah Muhammad diturunkan pada masa umat Islam sering diserang dan berperang dengan orang-orang musyrik dan Yahudi kerana kaum muslimin sering mendapat gangguan dari dua kelompok ini, dan mereka memerlukan kesabaran dalam peperangan dan penyediaan perbelanjaan dan infaq di jalan jihad tersebut. Sebenarnya, isu Jihad dan peperangan dengan musuh Islam adalah isu terpenting yang dibangkitkan dalam Surah ini. Juga, cadangan telah dibuat mengenai perlakuan terhadap tawanan perang, seperti penjelasan ayat:

فَاِذَا لَقِيْتُمُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا فَضَرْبَ الرِّقَابِۗ حَتّٰٓى اِذَآ اَثْخَنْتُمُوْهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَۖ فَاِمَّا مَنًّاۢ بَعْدُ وَاِمَّا فِدَاۤءً حَتّٰى تَضَعَ الْحَرْبُ اَوْزَارَهَا ەۛ ذٰلِكَ ۛ وَلَوْ يَشَاۤءُ اللّٰهُ لَانْتَصَرَ مِنْهُمْ وَلٰكِنْ لِّيَبْلُوَا۟ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍۗ وَالَّذِيْنَ قُتِلُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ فَلَنْ يُّضِلَّ اَعْمَالَهُمْ

"... maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka." (Qs,Muhammad 47:4).

Berita Berkaitan
captcha